the killers blood

Minggu, 18 Desember 2011

Cara memikat lelaki, wanita

Sikap, sifat jadi faktor penentu keserasian pasangan mencari cinta sejati

DARI mata turun ke hati, hendak bersama hingga ke mati. Dia memikat, hati terpikat, bersama sepakat, hingga akhir hayat.

Ini ayat `angau�, ayat buat pasangan yang sedang hangat bercinta, mulalah makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Pendek cerita, apabila hati sudah terpikat, jatuh cinta, hidup menjadi tidak keruan.

Banyak cara memikat, banyak sebab juga orang terpikat. Ketampanan dan kejelitaan selalunya menjadi faktor utama namun ramai juga yang mahukan lebih daripada `kecantikan luaran�.

Sikap, sifat menjadi taruhan, perwatakan dan personaliti semula jadi yang memikat. Ini yang dinamakan memikat secara tidak sengaja, bukan dirancang. Kalau si jejaka, selalunya perwatakan yang tenang, budiman, penampilan menarik, membuatkan si gadis terpikat, begitu juga sifat si gadis yang lemah lembut, sopan, boleh meruntun jiwa si jejaka.

Namun, soal hati tertawan ini perkara subjektif. Kalau jejaka A sukakan gadis yang lemah lembut, mungkin tidak bagi jejaka B. Gadis aktif, agresif menjadi pilihan. Begitu juga gadis. Ada yang sukakan lelaki yang sopan, budiman tetapi ada juga yang sukakan lelaki `nakal�, lelaki yang kuat mengusik dan `muka jahat� (nakal).

Cara memikat juga berbeza. Ada yang agresif mendapatkan insan yang sudah menawan hati dan ada yang membiarkan takdir menentukan segalanya.

Tetapi, pelakon Mohd Rajoli Muhamad Zin atau lebih dikenali sebagai M Rajoli berkata, kalau sudah berkenan, kenalah `menggatal� sikit.

Itu bahasa kasarnya, kata M Rajoli. Maksud beliau, apabila hati sudah tertarik, usaha perlu dilakukan, tidak boleh duduk diam dan berserah kepada takdir.

�Kalau duduk diam saja, tak akan dapat (menawan hati). Kita kenalah memikat bukan mengurat. Kita kena berusaha, bertanya, berkenalan, tanya latar belakang, mengenali dan mendekati si dia dengan lebih rapat.

�Tetapi, apa pun yang kita lakukan, jangan melanggar syarat dan batasan,� katanya.

Perlu memikat bukan mengurat? Apa bezanya dua perkara ini sedangkan tujuannya sama iaitu memenangi hati seseorang? Apa pula beza memikat dan menggoda?

Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dilaporkan berkata satu persamaan pikat dan goda adalah kesan tindakannya yang merasuk hati orang yang terpikat dan tergoda.

Kebiasaannya seseorang terpikat pada sesuatu yang cantik, menarik, merdu dan indah. Tidak kiralah terpikat pada orang, binatang atau benda, apabila sudah terpikat, biasanya sering terbayang-bayang, seterusnya keinginan untuk memilikinya semakin kuat.

kata pensyarah itu lagi, kata `goda' dianggap sebagai satu usaha yang tidak kenal malu. Berbeza dengan kata `pikat' apabila yang dipikat tidak terpikat, maka seseorang itu akan mengalah dan cuba menerima hakikat.

Apabila seseorang itu `menggoda' biasanya mereka sudah tidak malu untuk menggunakan cara atau kaedah yang tidak wajar. Kadang-kadang harga diri pula yang tergadai. Matlamat hanya satu dapat memiliki apa yang digoda.

Oleh itu, apabila seorang gadis dikatakan pandai memikat, dia masih dianggap baik berbanding seorang gadis yang pandai menggoda sekali gus seolah-olah membayangkan sesuatu yang wajar untuk lelaki terpikat dengan gadis berbanding tergoda.

Suka atau tidak, lumrah menerima hakikat memikat bertujuan memenangi hati dengan niat untuk bersatu sebagai suami isteri tetapi menggoda dan mengurat, tidak menjurus kepada perkahwinan, hanya untuk suka-suka mengisi masa.

Apapun, ujian peringkat pertama memikat, menggoda atau mengurat tetap sama. Apa yang boleh membuatkan kehadiran anda disedari gadis atau jejaka? Apakah ciri yang boleh membuatkan si dia jatuh hati?

Apakah ciri dan faktor yang membuatkan kehadiran M Rajoli disedari Wan Chik Othman (dulu dikenali sebagai Wan Chik Daud) isteri keduanya? Apakah keistimewaan Irwansyah yang membuatkan Acha Septriasa membuka hatinya untuk bercinta pada usia muda remaja? Apakah ciri lelaki yang boleh menggetarkan jantung juara Bintang Pantene, Rafidah Ibrahim?

Untuk anda, kami paparkan impian dan ketetapan mereka, semoga ia boleh menjadi pengajaran buat mereka yang masih tercari-cari pasangan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

mav'jika da kesalahan atau apapun tolong kalian komentari blog saya,trimakasih